advice-on-how-to-properly-shake-hands-with-someone

Infrastruktur Digital Menyeluruh untuk Rakyat

Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan agensi-agensi berkaitan sedang bekerjasama dengan pihak penyedia perkhidmatan komunikasi utama untuk membangunkan sebuah pelan infrastruktur digital yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan rakyat.

Perancangan ini sedang dibincangkan dalam Makmal Infrastruktur Digital Negara (Makmal IDN) yang bermula sejak 13 Julai 2020 dan dimudahcara oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Saya telah diberi taklimat oleh pihak penyedia perkhidmatan yang terlibat di bangunan Parlimen pada 29 Julai 2020 mengenai perkembangan semasa Makmal IDN tersebut” berkata Dato Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Sepanjang dua (2) minggu pertama penganjuran Makmal IDN ini, ia telah membuahkan hasil seperti berikut:

  • Makmal ini telah bersetuju secara dasarnya mengenai definisi aspirasi kebangsaan untuk liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar yang perlu dicapai bagi seluruh negara.
  •  Tumpuan khusus juga diberikan kepada perancangan meluaskan liputan perkhidmatan di kawasan luar bandar dan pedalaman, selain meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar secara keseluruhan.
  • Mempertingkatkan ketersediaan maklumat infrastruktur digital sedia ada serta data lain yang berkaitan, dari pelbagai sumber bagi membolehkan perancangan yang lebih berkesan.

Keperluan kesalinghubungan digital menjadi semakin penting, terutamanya pasca COVID-19. Perancangan dan pembinaan infastruktur digital yang lebih teliti, menyeluruh dan berkualiti yang menyokong sektor-sektor ekonomi dan bidang pertumbuhan baharu, menjadi aspek yang mustahak. Hasil Makmal IDN ini akan menyediakan asas kukuh yang diperlukan untuk Revolusi Industri 4.0 dan teknologi mudah alih 5G.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam Makmal IDN. Saya menantikan hasil perbincangan akhir Makmal IDN untuk memuktamadkan sasaran berkaitan pembangunan infrastruktur digital negara pada pertengahan Ogos tahun ini” katanya